nak share iklan aje...KLIK & KLIK yea... :D

Monday, January 16, 2012

Info | Kunci Rahsia Allah S.W.T

Assalamualaikum  :)

Ada 5 perkara ghaib yang menjadi rahsia Allah s.w.t dimana kita (manusia) ataupun makhluk2 lain yang tidak mengetahuinya ... Hal ini dipetik dari hadis Bukhari iaitu ,

Dari Ibnu Umar r.a , dari Nabi SAW baginda bersabda , " Lima kunci perkara ghaib , tidak mengetahuinya melainkan Allah , iaitu :

1. Tiada yg mengetahui apa yang tersimpan didalam rahim (kandungan wanita) melainkan Allah .
2. Tiada yg mengetahui apa yg terjadi pd esok hari melainkan Allah .
3. Tiada seorang pun yg mengetahui bila hujan akan turun melainkan Allah .
4. Tiada seorang pun mengetahui di negeri manakah dia akan mati melainkan Allah .
5. Tiada yg mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah .


Pemilik ilmu itu adalah Allah SWT. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Nya, yang nampak mahu pun yang tersembunyi di mana manusia dan makhluk lainnya tidak diberi ilmu oleh Allah SWT melainkan hanya sedikit sahaja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air dalam lautan. Firman Allah yang bermaksud:” "Katakanlah : kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan." (al-Kahfi :109)

2 orang yang cute mendoakan fuza:

a i m z said...

Allah itu Maha Mengetahui..setiap sesuatu, sekecil kecilnya..

EMOdisaster said...

Ye , betul tu kak .. kita sbgai manusia ni ..ape lah sgt ... lagi2 hidup kat atas muka bumi milikNYA nie.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...